Search This Blog

Sunday, May 12, 2013

REFLEKSI MINGGU KELAPAN

Pada minggu kelapan, kami telah didedahkan dengan perisian yang melibatkan konsep pembentangan. Semasa kelas tersebut, 2 perisian yang telah kami pelajari iaitu:

PREZI...
Prezi merupakan salah satu aplikasi yang membantu pengguna untuk membuat pembentangan dengan begitu mudah. Berbeza dengan power point, Prezi boleh digunakan untuk menggambarkan perjalanan keseluruhan slide yang akan dibentangkan. Selain daripada itu, template yang menarik turut disediakan untuk kegunaan pengguna. Yang paling penting, template tersebut sangat menarik perhatian penonton..

kekuatan: mempunyai slide yang akan menggambarkan perjalanan keseluruhan pembentangan
kelemahan: aplikasi ini bukan aplikasi percuma, ia memerlukan bayaran atau pengguna hanya boleh menggunakan dalam tempoh percubaan











POWER POINT
Power point merupakan aplikasi yang terdapat dalam microsoft Office. Walaupun para pelajar dalam kelas kami sudah biasa dengan aplikasi ini, tetapi masih terdapat ciri-ciri yang masih belum diketahui sepenuhnya. Antara yang diajar oleh fasilitator ialah tentang penggunaan Macros. Melalui Macros, kami dapat membuat check bix, drop down, pembinaan cross word, memasukkan animasi yang lebih menarik dan sebagainya.

kekuatan: pelbagai aktiviti menarik yang dapat dimasukkan dalam pembentangan dengan mengaktifkan macros
kelemahan: pengaktifan makros memerlukan penggunaan banyak coding yang agak rumit. Tetapi, amsalah ini dapat diselesaikan dengan mencari coding di internet



0 comments:

Post a Comment