Search This Blog

Wednesday, March 27, 2013

REFLEKSI MINGGU SATU



Kelas pertama bermula. Pensyarah member taklimat secara ringkas tentang assignment yang perlu dilengkapkan sepanjang mengambil kursus ini. Walaupun agak bimbang kerana assignment yang disenaraikan kedengaran terlalu banyak, namun keprihatinan pensyarah melegakan saya. Pensyarah sentiasa mengalu-alukan pelajarnya yang ingin melakukan sesi perbincangan sekiranya menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan

Pensyarah memberi penerangan tentang emel menggunakan akaun gmail. Walaupun saya mempunyai akaun gmail, tetapi bagi saya kegunaannya sangat terhad. Ini kerana, saya hanya menggunakan akaun ini untuk tujuan emel. Selepas sesi perbincangan bersama pensyarah, saya mendapat banyak aplikasi di dalam gmail yang masih belum saya ketahui.

Antara yang menarik tentang gmail ialah google doc. Ia merupakan aplikasi untuk menyimpan segala maklumat dalam ‘cloud’. Ia berfungsi sebagai pendrive malahan bagi saya ia lebih fleksible dan memudahkan. Ini kerana, ia tidak memerlukan kita untuk membawa hardware tersebut ke mana-mana. Dengan adanya akses internet, di mana-mana sekalipun kita masih boleh membuka fail tersebut.
Kekuatan: peranan google doc yang berfungsi sebagai penyimpan data sangat memudahkan pengguna. Ini kerana maklumat atau kerja dapat diakses pada bila-bila masa tanpa perlu membawa pendrive atau sebarang penyimpan data selagi mana akses internet dapat dicapai.

Kelemahan: komputer di makmal tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, langkah-langkah yang diajar oleh pensyarah tidak dapat diikuti dengan jayanya. Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan membuat rujukan semula sebaik sahaja kelas tamat. 

0 comments:

Post a Comment