Search This Blog

Wednesday, March 27, 2013

REFLEKSI MINGGU KEENAM

Pada minggU keenam, perbincangan diketuai oleh kumpulan 2. Mereka membincangkan tentang penggunaan aplikasi picasa. Ia merupakan aplikasi untuk mengedit dan memuat naik gambar. Sebelum perbincangan dijalankan dengan lebih lanjut, semua pelajar perlu meng’install’ picasa 3 ke dalam PC masing-masing. 

Satu persatu menu pada perisian ini diperkenalkan kepada kami. Bermula dengan mengedit gambar, mencantumkan gambar, menambah effect dan text pada gambar akhirnya saya dapat mempelajari cara yang lebih mudah untuk memuat naik gambar pada blog. Perisian ini juga boleh digunakan untuk mebuat movie daripada gambar-gambar ynag dihasilkan. Ia merupakan satu perisian yang begitu memudahkan saya.

Kekuatan: pembelajaran untuk menggunakan perisian ini begitu mengujakan saya kerana terdapat pelbagai faedah dan manfaat daripadanya.

Kelemahan: perisian ini memerlukan ruang yang agak besar

REFLEKSI MINGGU KELIMA


Pada minggu ini, perbincangan diteruskan dengan pembinaan laman blog. Masih ada pelajar yang tidak dapat menghasilkan link yang diperlukan. Oleh itu, pensyarah dan coordinator bersama-sama membenatu pelajar yang masih berdepan dengan masalah tersebut. Selain itu, pelajar juga berbincang untuk menambah aksesori pada laman blog untuk menajdikannya lebih menarik. Antara aksesori yang ditambah pada blog ialah lagu, adi widget, clock dan sebagainya.

Kekuatan: perbincangan di dalam  kelas dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan ketika cuba untuk menyelesaikannya bersendirian.

Kelemahan: tiada


REFLEKSI MINGGU KEEMPAT


Perbincangan pada minggu keempat masih lagi berkisar tentang blog. Ini kerana, kelas pada minggu yang lepas tidak dapat menghasilkan blog yang lengkap dan sempurna. Oleh itu, pada minggu ini coordinator mengajar bagaimana untuk membuat link pada drop down menu. Melalui link tersebut, pelayar blog dapat melayari pautan-pautan yang wujud dengan lebih mudah. Selain itu, kami diberi tunjuk ajar untuk menjadi follower sesama rakan yang mnegambil kursus ini. Ia dapat menjadikan kami sebagai satu komuniti.


Kekuatan: dapat mengahsilkan blog yang lebih tersusun dan sistematik

Kelemahan: perlu meneliti satu persatu HTML code untuk menyiapkan drop down menu


REFLEKSI MINGGU KETIGA


Pada minggu ini, perbincangan diketuai oleh kumpulan 1. Pensyarah hanya berperanan sebagai fasilitator. Perbincangan pada minggu ini masih berkisar tentang aplikasi pada google yaitu blog. Seorang ahli kumpulan 1 menjadi koordinatoir dengan mengajar kepada kami langkah-langkah permulaan dalam penghasilan blog. Manakala, ahli kumpulan yang lain bertindak sebagai fasilitator. 

Setelah semua pelajar mempunyai blog, coordinator melanjutkan perbincangan dengan menukar layout, template dan sebagainya. Selain itu, kami diajar untuk menambah drop down menu. Langkah ini agak kompleks kerana ia memerlukan kemahiran dalam menggunakan HTML kod.

Kekuatan: dengan adanya blog, maka kami dapat mengakses segala maklumat tentang assignment dengan merujuk kepada blog daripada rakan-rakan lain.

Kelemahan: tiada

REFLEKSI MINGGU KEDUA


Perbincangan kelas pada minggu kedua masih berkisar tentang aplikasi yang terdapat pada laman google. Sebaik sahaja kita mempunyai akaun pada google melalui gmail, pelbagai aplikasi lain yang kita dapat nikmati secara percuma. Pada hari ini, pensyarah telah memperkenalkan kepada kami tentang google drive. Di mana kita boleh membuat borang melalui akaun google. Selepas ini, segala survey atau borang temapahan boleh dicipta dengan lebih mudah apabila menggunakan google drive.

Kekuatan: form pada google drive dapat membantu pengguna untuk membuat borang atau survey secara atas talian.

Kelemahan: tiada.

REFLEKSI MINGGU SATU



Kelas pertama bermula. Pensyarah member taklimat secara ringkas tentang assignment yang perlu dilengkapkan sepanjang mengambil kursus ini. Walaupun agak bimbang kerana assignment yang disenaraikan kedengaran terlalu banyak, namun keprihatinan pensyarah melegakan saya. Pensyarah sentiasa mengalu-alukan pelajarnya yang ingin melakukan sesi perbincangan sekiranya menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan

Pensyarah memberi penerangan tentang emel menggunakan akaun gmail. Walaupun saya mempunyai akaun gmail, tetapi bagi saya kegunaannya sangat terhad. Ini kerana, saya hanya menggunakan akaun ini untuk tujuan emel. Selepas sesi perbincangan bersama pensyarah, saya mendapat banyak aplikasi di dalam gmail yang masih belum saya ketahui.

Antara yang menarik tentang gmail ialah google doc. Ia merupakan aplikasi untuk menyimpan segala maklumat dalam ‘cloud’. Ia berfungsi sebagai pendrive malahan bagi saya ia lebih fleksible dan memudahkan. Ini kerana, ia tidak memerlukan kita untuk membawa hardware tersebut ke mana-mana. Dengan adanya akses internet, di mana-mana sekalipun kita masih boleh membuka fail tersebut.
Kekuatan: peranan google doc yang berfungsi sebagai penyimpan data sangat memudahkan pengguna. Ini kerana maklumat atau kerja dapat diakses pada bila-bila masa tanpa perlu membawa pendrive atau sebarang penyimpan data selagi mana akses internet dapat dicapai.

Kelemahan: komputer di makmal tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, langkah-langkah yang diajar oleh pensyarah tidak dapat diikuti dengan jayanya. Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan membuat rujukan semula sebaik sahaja kelas tamat. 

Saturday, March 23, 2013

KELUARGA SAYA

 
LET'S THE PICTURE TELL YOU EVERYTHING..

PENGALAMAN MENGAJAR

Saya telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda pada thaun Ogos, 2009. Pada Oktober, 2009, saya telah ditempatkan ke SMK Seri Bedena, Selangor iaitu sekolah di mana ayah saya sedang berkhidmat. Semasa di sekolah ini, saya pernah diberi peluang untuk mengajar subjek-subjek berikut:
  • Sains (Ting 2, 3, 4)
  • Pendidikan Moral (Ting 2)  
  • Kimia (Ting 4)
Setelah berumah tangga pada tahun 2012, saya mengikut suami berhijrah ke Perak, iaitu SMK Ulu Bernam. saya menetap di kuaters Sg Samak Estate bersama suami. Di sini saya ditugaskan untuk mengajar subjek berikut:
  • Sains (Ting 2, 3)
  • ABM (PR)
  • Matematik (Ting 4)
  • Pend Moral (Ting 3)
Pengalaman mengajar di dua buah sekolah ini cukup berbeza dan amat berharga bagi saya. Semoga dengan pengalaman ini akan mendidik saya menjadi seorang pendidik yang lebih berjasa kepada anak-anak didik saya..

                                           Semasa lawatan ke P.Pinang bersama pelajar ting. 3

TENTANG SAKINAH

NAMA                                                   : SAKINAH BINTI HASHIM
TEMPAT LAHIR                                   : MUKAH, SARAWAK
TARIKH LAHIR                                    : 12.11.1986
SEKOLAH RENDAH                           : SK DR ABDUL LATIF / SRA BATU 40
SEKOLAH MENENGAH                     : SAMM MUHAMMADIAH BATU 40 / SAM BESTARI, USJ
PENDIDKAN                                       : KOLEJ MATRIKULASI PERAK (2004 -2005)
                                                              : UNIV PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, UPSI (2005 - 2009)
                                                              : UPSI (IJAZAH SARJANA, 2012 - SEKARANG)
PENGALAMAN MENGAJAR            : SMK SERI BEDENA (2009 - 2012)
                                                             : SMK ULU BERNAM (2012 - SEKARANG)