Search This Blog

Monday, May 13, 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

dalam merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, tenaga pendidik merupakan orang yang paling bertanggungjawab. tanpa penglibatan guru, falsafah ini tidak akan dapat direalisasikan. untuk mewujudkan insan yang cemerlang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan intelektual bukanlah usaha yang mudah.

adakah dengan mengajar isi kandungan suatu topik mengikut CS kita berjaya melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang dari segi JERI??
sudah tentu tidak...ia memerlukan usaha yang berterusan bukan hanya di dalam kelas, malah di sepanjang waktu. tugas mengajar bagi guru tidak hanya terhenti sebaik sahaj tamat sesi persekolahan, bahkan ia perlu menjadi guru pada bila-bila masa dan di mana jua.

wajarkah kita menjadi guru yang hanya melihat anak-anak didik kita melakukan perbuatan salah disebabkan di luar kawasan sekolah?
jika jawapannya wajar, kita perlu selidiki semula falsafah pendidikan kebangsaan. di manakah nilai insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani?

adakah kita hanya mengajar di sekolah untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam akademik??
sudah tentu TIDAK!!!
kita mahu anak-anak didik kita berjaya dalam akademik, hormat kepada guru, sahsiah yang unggul, sihat tubuh badan, menekankan ajaran agama dan yang sempurna dalam semua aspek..

'kita sebagai guru / pendidik harus sama-sama menilai kmebali erti falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi dasar segala dasar pada hari ini.

ONLINE FORUM

forum oh forum...tugasan kali ini berkaitan dengan forum. forum perlu diakses oleh setiap pelajar dari minggu ke minggu. setiap minggu, satu topik forum akan dikeluarkan dan semua pelajar bertanggungjawab untuk memberi respon kepada tajuk yang dibincangkan...

memang menarik..setiap minggu kita akan terdedah dengan isu baru dan dapat berkongsi pendapat atau idea tentang isu atau tajuk tersebut. tajuk yang dibincangkan adalah berkaitan dengan isu ICT...melalui forum tersebut, saya dapat mempelajari banyak benda baru dan penting dalam hidup.
 

Sunday, May 12, 2013

E-PORTFOLIO

bagi tugasan kedua, kami perlu menyiapkan e-portfolio untuk meletakkan semua tugasan dan kandungan yang telah kami pelajari. semua e-portfolio haruslah mengandungi kriteria-kriteria berikut:

  • biodata diri - memperkenalkan diri sendiri di laman blog tersebut. Gambar haruslah diletakkan pada ruangan biodata diri
  • perkembangan kerjaya - menceritakan tentang perkembangan kerjaya saya bermula dari mula sehingga sekarang
  • falsafah pendidikan - menerangkan falsafah pendidikan dari aspek pandangan individu
  • tugasan - perlu meng'upload' semua tugasan di dalam e-portfolio tersebut
  • refleksi terhadap P&P - setiap minggu, segala refleksi perlu diletakkan di dalam portfolio berkenaan
  • survey atas talian - bertajuk " penggunaan ICT di dalam kelas"
  • artifak - sesuatu bahan berkaitan kimia yang boleh dikongsi dengan pengguna-pengguna yang melayari laman web

REFLEKSI MINGGU KESEBELAS

SELAMAT MENGUNDI
PILIHANRAYA UMUM KE 13

ppsttt...rase excited sangat, sebab 1st time keluar mengundi



REFLEKSI MINGGU KESEPULUH

Perbincangan pada minggu ini berkaitan dengan aplikasi yang melibatkan pengiraan dan menganalisis data. Aplikasi yang dimaksudkan ialah Microsoft Excel. Ia merupakan aplikasi yang mudah digunakan. Dengan hanya key in raw data, kita akan dapat menganalisis mengikut kehendak kita seperti autosoum, average, percentage dan bermacam-macam lagi...
kekuatan: mudah untuk membuat analisis data

 

REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN

Pada minggu kesembilan, TIADA KELAS...

CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK

REFLEKSI MINGGU KELAPAN

Pada minggu kelapan, kami telah didedahkan dengan perisian yang melibatkan konsep pembentangan. Semasa kelas tersebut, 2 perisian yang telah kami pelajari iaitu:

PREZI...
Prezi merupakan salah satu aplikasi yang membantu pengguna untuk membuat pembentangan dengan begitu mudah. Berbeza dengan power point, Prezi boleh digunakan untuk menggambarkan perjalanan keseluruhan slide yang akan dibentangkan. Selain daripada itu, template yang menarik turut disediakan untuk kegunaan pengguna. Yang paling penting, template tersebut sangat menarik perhatian penonton..

kekuatan: mempunyai slide yang akan menggambarkan perjalanan keseluruhan pembentangan
kelemahan: aplikasi ini bukan aplikasi percuma, ia memerlukan bayaran atau pengguna hanya boleh menggunakan dalam tempoh percubaan











POWER POINT
Power point merupakan aplikasi yang terdapat dalam microsoft Office. Walaupun para pelajar dalam kelas kami sudah biasa dengan aplikasi ini, tetapi masih terdapat ciri-ciri yang masih belum diketahui sepenuhnya. Antara yang diajar oleh fasilitator ialah tentang penggunaan Macros. Melalui Macros, kami dapat membuat check bix, drop down, pembinaan cross word, memasukkan animasi yang lebih menarik dan sebagainya.

kekuatan: pelbagai aktiviti menarik yang dapat dimasukkan dalam pembentangan dengan mengaktifkan macros
kelemahan: pengaktifan makros memerlukan penggunaan banyak coding yang agak rumit. Tetapi, amsalah ini dapat diselesaikan dengan mencari coding di internet



Wednesday, May 8, 2013

REFLEKSI MINGGU KETUJUH

Slot pembelajaran pada hari ini dibahagikan kepada 2 iaitu
·         Windows movie maker
Dalam pembelajaran berkaitan topik ini, fasilitator telah menerangkan tentang cara-cara untuk membuat movie / video daripada aplikasi ini. Melalui aplikasi tersebut, proses P&P menjadi lebih mudah dan interaktif. Ini kerana, guru boleh membuat video melalui gambar atau apa-apa peristiwa untuk dijadikan set induksi dan pembelajaran yang menarik kepada pelajar. Terdapat menu seperti video transition yang boleh digunakan untuk memberi effect yang menarik dalam video tersebut. 
  • Kekuatan: proses penghasilan video menjadi sangat mudah dan interaktif
  • Kelemahan: aplikasi ini memerlukan spa
·       
















 Microsoft office one note
One note merupakan salah satu aplikasi yang terdapat dalam pakej microsof office. Walaupun ia merupakan pakej asas, tetapi saya sendiri tidak pernah menggunakannya secara langsung atau tidak langsung. Pencerahan daripada fasilitator membantu saya untuk menggunakan aplikasi ini pada masa akan datang. Ia merupakan aplikasi yang berkonsepkan buku nota di mana setiap file yang kita buka mempunyai sub-sub tajuk yang sangat mudah untuk digunakan.
  • Kekuatan:




·       -  one note membolehkan kita meng’edit’ semula tulisan dalam bentuk picture kepada bentuk text
·        - automatic save
·         -boleh menyelesaikan formula matematik yang lebih ringkas
·         -berkonsepkan seperti buku – di mana ianya terdapat sub-sub kolum untuk pembahagian tajuk
·         sangat mesra pengguna