Search This Blog

Monday, May 13, 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

dalam merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, tenaga pendidik merupakan orang yang paling bertanggungjawab. tanpa penglibatan guru, falsafah ini tidak akan dapat direalisasikan. untuk mewujudkan insan yang cemerlang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan intelektual bukanlah usaha yang mudah.

adakah dengan mengajar isi kandungan suatu topik mengikut CS kita berjaya melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang dari segi JERI??
sudah tentu tidak...ia memerlukan usaha yang berterusan bukan hanya di dalam kelas, malah di sepanjang waktu. tugas mengajar bagi guru tidak hanya terhenti sebaik sahaj tamat sesi persekolahan, bahkan ia perlu menjadi guru pada bila-bila masa dan di mana jua.

wajarkah kita menjadi guru yang hanya melihat anak-anak didik kita melakukan perbuatan salah disebabkan di luar kawasan sekolah?
jika jawapannya wajar, kita perlu selidiki semula falsafah pendidikan kebangsaan. di manakah nilai insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani?

adakah kita hanya mengajar di sekolah untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam akademik??
sudah tentu TIDAK!!!
kita mahu anak-anak didik kita berjaya dalam akademik, hormat kepada guru, sahsiah yang unggul, sihat tubuh badan, menekankan ajaran agama dan yang sempurna dalam semua aspek..

'kita sebagai guru / pendidik harus sama-sama menilai kmebali erti falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi dasar segala dasar pada hari ini.

0 comments:

Post a Comment